Slaid Persembahan

SLAID


Slaid (Slide) ialah satu paparan untuk persembahan. Sejarahnya, slaid dicipta melalui sehelai kertas transperansi (transparency) dan dipaparkan melalui 'overhead projector (OHP)'. Dalam era teknologi moden kini, slaid biasanya dirujuk sebagai satu paparan dibangunkan menggunakan program persembahan seperti Microsoft PowerPoint. Program tersebut juga boleh direka menggunakan 'document markup language', seperti LaTeX class Beamer.

Nota-nota pensyarah dalam format slaid dirujuk sebagai slaid syarahan, selalunya boleh dimuat-turun oleh pelajar dalam format .ppt atau .pdf format.

TRANSPERANSI

Transperansi (Transparency) ialah sehelai kertas lutsinar (transparent) yang fleksibel, biasanya cellulose acetate, yang membolehkan kertasnya ditulis / dilukis. Pen yang digunakan adalah jenis bukan kekal (boleh dipadam). Untuk menjimatkan masa, transperansi jenis boleh dicetak menggunakan mesin pencetak (printer) digunakan bagi mengelak material ini ditulis secara manual setiap kali sebelum kelas bermula. Kertas ini kemudian diletakkan di overhead projector untuk paparan penonton. Pada masa sekarang, sistem ini telah diganti kepada LCD projector dan papan putih interaktif.

PROJEKTOR SLIDE, OVERHEAD & LCD


Slide Projector merupakan sebuah alat mekanikal-opto untuk melihat slaid fotografi dan popular sekitar tahun 1950an-1960an untuk tatapan seisi keluarga dan sahabat handai berkumpul. Komponennya agak mudah iaitu beberapa jenis kanta & lampu. Yang penting ialah slaid foto bersaiz kecil diperolehi daripada filem negatif yang telah diwarnakan. Apabila slaid foto ini diletakkan di dalam slide projector, gambar akan terpancar dengan terang dalam bilik yang gelap. Oleh kerana alat untuk memproses filem negatif kepada yang berwarna dalam saiz asal sukar diperolehi dan agak mahal, beberapa buah kilang membuat slide projector telah berhenti mengeluarkanya.


Overhead Projector (OHP) digunapakai sebagai bahan mudah dan kos efektif dalam interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P). Material P&P atau Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) ini boleh disesuaikan mengikut ketinggian yang diperlukan. Projektor ini membolehkan pelajar dan pengajar menghadap muka ke muka (face to face). Cahaya di panel bercahaya dinamakan spatial light modulator (SLM) akan memantulkan kertas transperansi dan disalurkan ke skrin kain putih melalui kanta pembesaran. Di awal 1980an di Malaysia, overhead projector ini kerap digunakan dalam proses P&P.
Pada 1990an dan awal tahun 2000, LCD Projector mula digunakan secara meluas di Malaysia, menggunakan liquid-crystal display (LCD) bersambung dengan komputer atau video player melalui video output. Imej dipancarkan menggunakan lampu metal halide menerusi prisma yang memisahkan 3 jenis cahaya daripada video signal iaitu merah, hijau dan biru. Apabila cahaya ini bergerak menerusi panel-panel ini (kombinasi polarizer, LCD panel dan analyzer), pelbagai terbitan warna di imej dapat dipaparkan.


~ Nota: En. Zulhilmy
 

Politeknik METrO Kuantan, No. A-5, Jalan Tun Ismail 2, Sri Dagangan II, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Tel : +609 565 9000 / 9099 (PMKu) Fax : +609 517 3259.

Penafian: Penulis dan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), Politeknik METRO Kuantan (PMKu) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang masalah, kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dari laman blog ini. / Disclaimer: Author and JPH of PMKu irresponsible to all trouble and damage which arise by the result from information displayed and application offered of this blog.