Langkah-Langkah Membina Brosur

LANGKAH 1 : Sasaran pembaca

Perlu mengetahui keperluan & minat pembaca berdasarkan beberapa faktor umur, jantina, tempat tinggal, tahap kesamaan/kebiasaan (familiarity) perkhidmatan, fasiliti @ produk anda. Perlu juga mengetahui budaya msykt setempat spt cara sosial, bahasa slangga, lawak, hiburan dll. Bgmn pelanggan boleh mendptkan informasi? Pembaca yg berbeza memperolehi informasi yg berbeza.

LANGKAH 2 : Tetapkan tujuan & objektif anda

Brosur efektif memerlukan tujuan & objektif yg jelas & tepat. Ianya menjadi garis panduan utk mengukur brosur.

LANGKAH 3 : Pemilihan sistem edaran

Fikir dulu bgmn utk mengedar brosur sblm anda merekabentuk brosur terutama saiz & bentuk. Cth: brosur di rak, memerlukan saiz yg kecil. Tradisinya, brosur diletakkan di TIC & travel agency. Kini, brosur juga boleh diletakkan di stesen minyak, org persorangan (dlm majlis & shopping complex), di celah suratkhabar.

LANGKAH 4 : Bangunkan tema anda

Menulis brosur ibarat bercerita. Cerita yg bertema mengikat bhgn-bhgn yg berbeza bersama-sama. Tema brosur sama spt maklumat penting utk diberitahu kpd pembaca. Idea tema juga datang drpd produk anda. Apakah yg anda cuba jual menggunakan brosur? Produk anda adalah tema anda. Tema boleh dibangunkan berdasarkan tujuan anda.

LANGKAH 5 : Bangunkan mesej anda

Mesej hendaklah berdasarkan tema anda. Dptkan maklumat yg jelas & mudah difahami. Terdpt beberapa prinsip yg perlu anda ikuti:

PRINSIP 1 - Jadikan pendek

Mungkin ada antara anda semua mahukan semua maklumat diletakkan dlm satu brosur kerana ianya cost- effective. Tetapi bukan semuanya dibaca oleh pelanggan, ayat panjang boleh membosankan mereka. Ini tidak efektif & membuang masa & wang. Dlm hal ini, terdapat 3 perkara yg perlu diambilkira.
  1. Hadkan maklumat & ikut tema. Cth: Anda ingin membina brosur mengenai burung bangau yg boleh dijumpai di kwsn anda. Tema anda: “Apakah yg dimakan oleh burung bangau itu?” Hadkan maklumat mengenai makanan burung itu shj di kwsn anda. Memasukkan maklumat makanan burung lain tidaklah sesuai utk brosur anda.
  2. Jgn sesakkan teks & gambar dlm brosur. Wujudkan ruang kosong supaya brosur anda kelihatan lapang, lebih menarik & mudah dibaca serta fokus oleh pembaca.
  3. Guna ayat pendek & jelas. Pelanggan dpt baca & faham dgn cepat.
PRINSIP 2 - KISS IT !!!

Bukan bermaksud anda perlu cium brosur anda. KISS membawa erti “Keep It Super Simple” iaitu brosur haruslah ringkas, mudah dibaca & difahami. Masalah lain ialah clutter iaitu sesak dgn bahan yg tidak berkaitan sehingga tiada ruang kosong dlm brosur anda. Hadkan maklumat & wujudkan ruang kosong sedikit. Masalah lain ialah ‘jargon’ iaitu perkataan/istilah yg bombastic/ berbunga-bunga/sukar difahami. Jika tidak boleh dielakkan, cuba terangkan maksudnya. Cth: Yg manakah ayat ini mudah dibaca & difahami bagi brosur khusus untuk golongan jurufoto?
  1. Guna f8 pada 1/30 ATAU
  2. Setkan f-stop kamera anda di f8 & kelajuan shutter di 30
PRINSIP 3 - Legibility/Readability

Pertimbangkan spacing dgn memastikan margin & spacing antara teks & gambar konsisten. Kesalahan ini mungkin menarik perhatian pembaca & mungkin juga mereka terlepas membaca maklumat tertentu.

Huruf & jenis taip juga mempengaruhi kebolehbacaan brosur. Pembaca lebih gemar membaca campuran huruf besar & kecil spt mana di dlm buku/majalah. Elak guna huruf jenis berbunga @ ornamental. Ini boleh menyukarkan pembacaan. Huruf yg paling sesuai ialah Roman. Saiz huruf juga penting. Jgn guna terlalu kecil @ terlalu besar. Saiz yg paling sesuai antara 10 – 12. Periksa pencetak @ mesin taip utk pelbagai saiz huruf. Tetapi saiz huruf perlu konsisten.

Hati-hati ketika menggunakan kertas. Elak guna kertas kilat @ glossy kerana ianya boleh membalikkan silau cahaya. Ini menyukarkan pembacaan. Warna terang juga perlu dielakkan. Warna spt merah terang @ kuning terang menyebabkan pembaca tidak dpt menumpukan pembacaan.

Akhir sekali, hati-hati memilih warna dakwat. Sesetengah warna dakwat sukar utk dibaca, terutama gabungan dgn kertas berwarna. Cuba dulu kombinasi warna dakwat sblm anda membuat keputusan.

PRINSIP 4 - Unity (Satukan)

“United We Stand – Divided We Fall” antara ungkapan yg selalu digunakan dlm brosur berkaitan dgn tema. Cth: Kwsn setmpt anda akan menganjurkan minggu komuniti. Tema: “Cahaya Masai Bandar Bercahaya.” Apa istimewa CM berbanding bandar lain? Semua maklumat dlm brosur berdasarkan tema ini.

PRINSIP 5 - Flow (Aliran)

Pernahkah anda sesat ketika melancong di tmpt yg tidak pernah anda kunjungi sblm ini? Sama juga jika pembaca membaca tidak mengikut aliran yg betul.

PRINSIP 6 - Attention Getters (Perhatian)

Brosur anda perlu mengandungi bahan yg dpt menarik perhatian pembaca spt humor, warna, catchy phrases, gambar/lukisan unik & soalan. Tmpt yg paling penting di brosur ialah cover depan. Cover depan brosur penting kerana:
  1. Pusat maklumat & perhatian
  2. Memperkenalkan anda kpd pembaca
  3. Menunjukkan tema anda kpd pembaca
Cover depan perlu dibuat dgn kreatif & menarik. Jika pembaca tidak menyukainya, mereka tidak akan mengambil brosur anda utk dibaca. Pembaca tidak perlu utk membaca keseluruhan brosur jika cover depan sudahpun memperkenalkan anda. Pembaca sepatutnya dpt meneka apa yg terkandung dlm brosur melalui cover depan. Cth: Tema: “Kami bekerja keras, anda tidak perlu.” Maka cover depan anda seharusnya spt ini:
  1. Kami bekerja keras perlu dihitamkan (bold).
  2. Gambar staf anda bekerja bersama pelanggan.
  3. Nama perkhidmatan anda.
Attention getters yg biasa digunakan ialah catchy phrases, soalan & gambar yg menarik. Catchy phrases & soalan yg baik utk meningkatkan keinginan utk mengetahui lebih lanjut sesuatu perkara. Ianya hendaklah positif, pendapat & berorientasikan aktiviti. Cth: KFC – “Sehingga menjilat jari!” & McDonald – “I’m loving it.”

LANGKAH 6 : Format

Format: bentuk, saiz & jenis brosur. Saiz hendaklah bersesuaian dgn maklumat yg dimasukkan. Jika utk dihantar ke rumah, brosur mestilah besar. Jika utk org yg membawanya ke mana-mana, brosur mestilah bersaiz poket.

(Gambar lipatan brosur)

Jika bersaiz kecil, anda perlu kreatif spt bentukkan brosur anda seekor burung jika brosur anda berkenaan burung. Warna kertas juga perlu bersesuaian & elak warna gelap. Kertas cover depan sebaiknya kalis air / cuaca. Cara lipatan tidak semestinya 3 lipatan, byk cara lain. Rujuk brosur lain yg sedia ada @ tanya pakar.

KESIMPULAN

Brosur yg baik mempunyai:
  1. Sasaran pengguna
  2. Matlamat & objektif jelas
  3. Edar di tmpt pengguna boleh memperolehinya
  4. Berorientasikan tema
  5. Ringkas (Brief)
  6. Mudah (Simple)
  7. Boleh dibaca (Readable)
  8. Satukan (unitied) tujuan & isi
  9. Aliran yg betul
  10. Format yg kreatif
KEBAIKAN BROSUR:
  1. Bersifat mobil. Pelanggan boleh membawanya pulang & menunjukkan kpd org lain. Ianya membuatkan brosur mempunyai kesan jangka pjg berbanding media lain.
  2. Menjadi sebahagian dlm sistem informasi – perbualan tatkala dipindahmilikkan.
  3. Mempunyai nilai cenderahati. Ianya berkomunikasi lebih panjang walaupun perhubungan telah berakhir.
  4. Membolehkan berhubung lebih byk org & kurang menggunakan wang drpd komunikasi 2 hala.
  5. Boleh membangunkan lebih byk brosur utk memperolehi kuantiti pelanggan yg diingini.
KEBURUKAN BROSUR:
  1. Jika tidak diedarkan dgn betul, ianya akan menjadi bahan tontonan shj sama spt brosur lain di rak. Ini akan mengurangkan pengambilan.
  2. Brosur dpt disampaikan kpd pelanggan dlm kuantiti yg terhad wlpun diedarkan scr meluas. Pelanggan lebih gemar menggunakan maklumat tidak formal (org ke org). Jika brosur shj tanpa bantuan org, ianya tidak berjaya memujuk pelanggan utk melancong.
  3. Bersifat impersonal. Tidak membenarkan pembaca memberi maklumbalas.
  4. Mesti mengkhususkan kpd pelanggan scr spesifik. Ini memerlukan perancangan yg baik. Pelanggan mungkin tidak menggunakan brosur utk dptkan maklumat.
  5. Kerap digunakan sehinggakan tiada lagi yg menarik utk dibaca.
~ Nota: En. Zulhilmy
 

Politeknik METrO Kuantan, No. A-5, Jalan Tun Ismail 2, Sri Dagangan II, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Tel : +609 565 9000 / 9099 (PMKu) Fax : +609 517 3259.

Penafian: Penulis dan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), Politeknik METRO Kuantan (PMKu) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang masalah, kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dari laman blog ini. / Disclaimer: Author and JPH of PMKu irresponsible to all trouble and damage which arise by the result from information displayed and application offered of this blog.