Brosur

PENGENALAN


Brosur ialah satu bentuk pengiklanan melalui kertas. Brosur mengiklankan lokasi, acara, hotel, produk, servis dll. Biasanya brosur menitikberatkan susunan ayat dan rekabentuk yang menarik. Kiriman pos secara terus (direct mail) dan persembahan perdagangan (trade show) merupakan salah satu cara mengedarkan brosur. Di hotel dan tempat-tempat yang kerap dikunjungi, rak-rak brosur disediakan untuk mempromosikan tempat-tempat tarikan utama.

Terdapat 2 rekabentuk brosur iaitu brosur yang menggunakan sehelai kertas berlipat (single sheet) dan brosur berbentuk buku kecil (booklet). Single sheet biasanya dilipat 2 dan 3 yang mana kedua-dua belah muka surat kertas dicetak sama ada lipatan berbentuk Z (Z-fold) atau C (C-fold) atau bentuk-bentuk lipatan lain yang menarik. Penggunaan kertas yang besar seperti peta khusus atau gambar-gambar yang besar dilipat 4, 5 atau 6. Booklet pula adalah helaian kertas yang banyak yang biasanya dijahit atau dicantumkan dengan stapler di bahagian tengah seperti buku.


Kebanyakan brosur yang dicetak di kedai menggunakan 4 proses warna di atas kertas berkilat (glossy paper) untuk menampilkan kesan yang berkualiti. Orang perseorangan banyak menggunakan printer peribadi tetapi untuk kuantiti yang banyak, cetakan di kedai lebih menjimatkan masa dan kos.


FUNGSI

1. Fungsi Informasi
Kebiasaannya brosur digunakan untuk memberitahu pelanggan-pelanggan berpotensi berkenaan sesebuah organisasi. Maklumat ini berkaitan dengan persembahan organisasi tersebut, produk / servis baru yang ditawarkan, atau perubahan-perubahan yang berlaku di organisasi seperti nama dll.

2. Fungsi Pengiklanan
Brosur penting sebagai alat pengiklanan yang dapat menarik perhatian pelanggan dalam mempromosikan sesebuah produk / servis.

3. Fungsi Identifikasi
Brosur yang baik juga membolehkan mengekalkan ‘kriteria’, ‘ciri-ciri’ atau ‘konsep’ sesebuah organisasi berdasarkan logo, moto / slogan, atau rekabentuk brosur yang mewakili organisasi.


ELEMEN PENGHASILAN BROSUR

Ketiga-tiga fungsi ini saling berhubungkait antara satu sama lain. Dalam kata lain brosur mestilah:
  • Mempunyai objektif dan fungsi.
  • Menonjolkan ciri-ciri fungsinya (informasi, pengiklanan atau identifikasi).
  • Memastikan fungsi-fungsi tersebut ada di dalam brosur, walaupun salah satunya lebih menonjol daripada yang lain.
  • Memilih format brosur yang betul berdasarkan objektif.
  • Perkataan dan ayat yang sesuai.
  • Gambar-gambar yang perlu diletakkan.


~ Nota: En. Zulhilmy
 

Politeknik METrO Kuantan, No. A-5, Jalan Tun Ismail 2, Sri Dagangan II, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Tel : +609 565 9000 / 9099 (PMKu) Fax : +609 517 3259.

Penafian: Penulis dan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), Politeknik METRO Kuantan (PMKu) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang masalah, kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dari laman blog ini. / Disclaimer: Author and JPH of PMKu irresponsible to all trouble and damage which arise by the result from information displayed and application offered of this blog.