Kaedah Interpretasi

(A) Kaedah bersemuka
  1. Ceramah
  2. Demonstrasi
  3. Lawatan
(B) Lawatan berpandu
  1. Bahan-bahan dan kemudahan untuk lawatan berpandu
(C) Menggunakan peralatan gadgetry
  1. Alatan elektronik
  2. Alatan percetakan

(A) KAEDAH BERSEMUKA:

1. Ceramah

Kaedah ini merupakan komunikasi atau perhubungan antara sehala atau 2 hala seperti sesi soal jawab di antara penceramah dengan penonton. Perbualan antara 2 atau lebih individu secara tidak formal adalah seperti cerita lagenda yang diceritakan oleh orang tempatan kepada pelancong dan manakala penyampaian cerita secara sehala adalah seperti persembahan teater. Antara contoh terbaik jenis kaedah ini ialah persembahan cahaya dan bunyi sejarah Melaka.

2. Demostrasi

Kaedah demonstrasi ini ialah kaedah komunikasi 2 hala yang mempamerkan sesuatu yang asli atau tidak kepada hadirin, di samping melibatkan mereka secara langsung. Kaedah ini adalah kaedah yang lebih efektif berbanding dengan kaedah ceramah. Biasanya kaedah ini dilakukan dengan tujuan bagi membina kefahaman melalui tunjuk cara dan penglibatan hadirin.

3. Lawatan

Kaedah lawatan pula ialah kaedah komunikasi sehala sahaja yang mana sekumpulan rombongan manusia dibawa melihat ke tempat-tempat tertentu bagi memahami sesuatu dengan lebih mendalam. Seperti kaedah demonstrasi, kaedah ini juga menglibatkan penglibatan hadirin tetapi tanpa bantuan pihak ketiga. Penglibatan hadirin bersifat pengalaman. Contohnya melawat zoo, mendaki Gunung Ledang, berenang di Tasik Dayang Bunting dsbnya.

(B) LAWATAN BERPANDU:

Pengertian kaedah ini hampir sama dengan kaedah bersemuka - lawatan, tetapi perbezaannya komunikasi 2 hala berlaku dan ciri-ciri ketiga-tiga kaedah bersemuka iaitu, ceramah, demonstrasi dan lawatan, ada di dalam kaedah ini. Biasanya hos perlu memiliki pengetahuan yang mendalam mengenai semua aspek lokasi lawatan supaya maklumat dapat disampaikan dengan berkesan selain menjawab pelbagai soalan kelak daripada pelawat.

Contoh: seorang pemandu pelancong yang menggunakan kaedah ini haruslah terlatih dan profesional, serta boleh mengendalikan lawatan di mana sahaja. Untuk membawa pelawat, hos memerlukan brosur, peta, itenarari dsbnya. Pendek kata, sebuah produk/pakej perlu direka untuk pelawat.

(C) PERALATAN GADGETRY:

1. Alatan Elektronik

Televisyen, radio, komputer, internet, slaid, vcd, skrin sentuh, wayang gambar, papan iklan bermultimedia, kereta berhias dsbnya.

2. Alatan Percetakan

Suratkhabar, majalah, leaflet / brosur, buku panduan, peta, papan tanda, kain rentang (banner), pakaian dsbnya.
 

Politeknik METrO Kuantan, No. A-5, Jalan Tun Ismail 2, Sri Dagangan II, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Tel : +609 565 9000 / 9099 (PMKu) Fax : +609 517 3259.

Penafian: Penulis dan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), Politeknik METRO Kuantan (PMKu) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang masalah, kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dari laman blog ini. / Disclaimer: Author and JPH of PMKu irresponsible to all trouble and damage which arise by the result from information displayed and application offered of this blog.