Media Interpretasi

Media interpretasi memainkan peranan yang penting dan merupakan antara rangka promosi yang digunakan bagi memperkenalkan sesuatu tempat atau produk pelancongan sama ada yang telah sedia ada atau yang baru. Berikut adalah antara media-media interpretasi yang biasa digunakan di negara kita:
  • Pusat interpretasi
  • Laluan interpretasi
  • Papan tanda dan pameran
  • Penerbitan
  • Radio, televisyen dan peralatan lain.

1. Pusat Interpretasi


Mempunyai premis atau ruang sendiri sama ada dalam bangunan itu sendiri atau di ruang atau bilik yang tertentu. Contoh: Pusat Penerangan (TIC), Muzium, Galeri, Sudut dsbnya. Ia juga terdiri daripada maklumat yang berkaitan dengan lokasi, hidupan dan habitat serta panduan pengekalan. Popular digunakan di lokasi alam semulajadi. Contoh: MATIC dan Taman Negara.

2. Laluan Interpretasi

H4038 - Laluan Interpretasi

Laluan yang mana ianya terdiri daripada secara semulajadi atau dibina khas untuk tujuan interpretasi. Sepanjang laluan ini dilengkapkan dengan pelbagai papan tanda, petunjuk dan lain-lain yang memaparkan pelbagai maklumat dan mesej.

3. Papan Tanda

H4038 - Billboard at Kelantan

Terdiri daripada pelbagai rekabentuk dan saiz. Cermin atau tanpa cermin. Perlu kepada penggunaan grafik, jenis dan saiz huruf yang sesuai. Perlu bagi membolehkan dibaca dari jarak yang dikehendaki. Terdapat di pelbagai lokasi.

4. Pameran

H4038 - Pameran AliensH4038 - Pameran Misteri

Terdiri daripada kombinasi pelbagai media yang digunakan dalam satu pertunjukan bagi sesuatu tempoh tertentu. Pelbagai maklumat dapat disampaikan melaluinya. Perlu kepada promosi yang efektif. Amat berkesan. Modal yang besar. Contoh: Pameran Alam Kubur, Pameran Dinasour, Pameran Mumia, Pameran Perak Man dll.

5. Penerbitan

Meliputi brosur, buletin, poskad, buku, poster, cawan seramik (mug), pen, penanda buku dan lain-lain. Memerlukan pelbagai rekabentuk dan haruslah menarik. Merupakan satu edaran yang luas dan boleh dikirim kepada individu. Ia juga boleh disimpan dan menjadi rujukan apabila diperlukan.

6. Radio & TV


Disiarkan dalam bentuk berita, rencana, soaljawab atau temuramah. KIip video / cd / vcd serta internet juga turut berperanan menterjemahkan mesej yang ingin disampaikan.

~ Suntingan: En. Zulhilmy
 

Politeknik METrO Kuantan, No. A-5, Jalan Tun Ismail 2, Sri Dagangan II, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Tel : +609 565 9000 / 9099 (PMKu) Fax : +609 517 3259.

Penafian: Penulis dan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), Politeknik METRO Kuantan (PMKu) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang masalah, kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dari laman blog ini. / Disclaimer: Author and JPH of PMKu irresponsible to all trouble and damage which arise by the result from information displayed and application offered of this blog.