Banner ialah sehelai bendera atau kain rentang yang mempunyai simbol, logo, slogan atau maksud tertentu. Pembuatan banner merupakan kraftangan sejak zaman dahulu kala. Perkataan banner berasal daripada perkataan Latin kuno iaitu 'bandum', sehelai kain untuk dibuat bendera (Latin: banderia, Itali: bandiera).



Image from: 2012books.lardbucket.org, imageshack, worldsoccertalk.com
ADVERTISING (PENGIKLANAN) BANNERS
Banner Pengiklanan biasanya dibuat secara komersil menggunakan kain plastik sebagai latarnya. Industri banner jenis ini telah berevolusi dari keratan kain vinyl tradisional ke banner bercetak dengan saiz yang besar & menggunakan pencetakan inkjet di atas pelbagai vinyl & material fabrik menggunakan solvent inks dan uv-curable inks.



Di Malaysia, banner jenis ini banyak dipasang di kedai, restoran & hotel dalam memperkenalkan ciri-ciri istimewa premis tersebut. Organisasi persendirian juga menggunakan kaedah pengiklanan melalui banner untuk memberitahu orang ramai acara yang mereka akan adakan. Tourism Malaysia pun banyak memainkan peranan mempromosikan negara dengan meletakkan banner pengiklanan di tempat-tempat awam sebagai menyambut kedatangan pelancong selain memperkenalkan destinasi menarik & fakta umum seperti kempen '1Malaysia'.
PROTEST (PROTES) BANNERS
Image from: i.dailymail.co.uk
Banner Protes telah diperkenalkan oleh penunjuk perasaan semasa perhimpunan protes, terutama ketika di awal perhimpunan, atau digantung di dinding / pokok / pagar untuk dipaparkan kepada orang ramai.
Banner ini juga bersifat seni iaitu kebanyakan banner protes mempunyai rekabentuk yang menarik seperti keratan wajah manusia, lukisan yang cantik dan kata-kata yang bermadah. Bagaimanapun ada juga dihasilkan rekabentuk, lukisan & kata-kata yang tidak beretika & tidak bermoral. Seringkali banner protes dilihat sebagai antara 'seni' & 'propaganda'.
TUJUAN & REKABENTUK BANNER / BUNTING
Tujuan:
- Majlis Perkahwinan
- Majlis Korporat
- Pelancaran Produk
- Iklan & Promosi
- dan lain-lain




Penetapan Saiz Banner & Bunting
- Banner kebiasaannya mempunyai ukuran saiz: 6' x 3', 9' x 4' & 12' x 6'.
- Bunting kebiasaannya mempunyai ukuran saiz: 2' x 4', 2' x 6' & 3' x 7'.
- Banner 6' x 3', adalah bersamaan = 72" x 36" (1 kaki = 12 inci) - melintang.
- Bunting 2' x 6', adalah bersamaan = 24" x 72" (1 kaki = 12 inci) - menegak.
- Simbol 'kaki' = ' dan simbol 'inci' = "
- 1 kaki = 12 inci, 12 inci = 30.48 cm.
- Ukuran 1 kaki lebih kurang saiz 1 tapak kaki orang lelaki dewasa yang berkasut atau hampir tepat 1 pembaris panjang.
- Di Malaysia, banner diistilahkan sebagai kain rentang horizontal (melintang) manakala bunting ialah kain rentang vertikal (menegak). Di Barat, bunting lebih dikenali sebagai banner.
- Semasa merekabentuk latarbelakang imej untuk banner / bunting, pastikan imej yang digunakan mempunyai resolusi yang baik. Jika boleh elakkan penggunaan imej yang diambil dari internet kerana kebanyakan resolusi imejnya sangat rendah. Jika ingin juga, pilihlah imej yang bersaiz besar.
~ Nota: En. Fahimdin & En. Zulhilmy