Kamera Video

DEFINISI

Sebuah alat mudah alih dan sejenis kamera yang dipegang menggunakan tangan untuk menayangkan gambar bergerak tetapi merakamkannya dalam kaset video untuk tayangan semula (playback) di televisyen.

Kamera video ialah sebuah kamera yang digunakan untuk merakam gambar-gambar bergerak secara elektronik, yang dibuat khusus untuk industri televisyen & pada masa sekarang, digunakan untuk pelbagai aplikasi yang lain. Kamera video terawal dicipta oleh John Logie Baird, berasaskan cakera Nipkow berelektronikal & digunakan untuk syarikat penyiar televisyen BBC bagi tujuan penyiaran pada tahun 1930an.

Kamera video digunakan dalam 2 mod. Pertama, untuk siaran televisyen, yang lebih dikenali sebagai siaran langsung, iaitu kamera digunakan untuk merakam imej secara langsung & terus diterbitkan ke kaca televisyen. Dalam masa yang sama, siaran langsung ini juga digunakan oleh pihak tentera bagi tujuan keselamatan & juga dalam industri yang memerlukan pemerhatian secara langsung.

Kedua, kamera digunakan untuk merakam imej & dimasukkan ke dalam alat penyimpanan (storage) untuk simpanan & pemprosesan. Sekian lama, pita rakaman video (videotape) telah menjadi format utama untuk tujuan ini & kini cakera padat (vcd/dvd/blue ray), hard disk & flash memory telah digunakan secara meluas sebagai alat penyimpan. Rakaman video yang disimpan ini bukan sahaja untuk televisyen semata-mata, tetapi juga digunakan dalam pemerhatian keselamatan (surveillance & monitoring).

Kamera video moden mempunyai pelbagai rekabentuk & kegunaan, tidak seperti tujuan kamera televisyen pada zaman dahulu. Antara kamera-kamera tersebut ialah:

1. Kamera Video Profesional (Professional video cameras)

Sepertimana yang digunakan dalam industri televisyen & juga kadang-kadang dalam penerbitan filem; sama ada di studio atau mobil. Kamera ini mampu untuk merakam gambar-gambar ekstrem dengan alat pengawalan yang serba lengkap & automatik.

2. Kamera Rakaman Video (Camcorders)

Menggabungkan kamera & VCR atau alat rakaman lain dalam satu unit; bersifat mobil & penggunaan yang meluas dalam penerbitan televisyen, tayangan video di rumah (home movies), pengumpulan berita secara elektronik (electronic news gathering) termasuklah kewartawanan & sebagainya.

3. Litar Kamera Tertutup (Closed-circuit television (CCTV) cameras)

Amnya, digunakan untuk tujuan keselamatan dan/atau pemerhatian (security, surveillance, and/or monitoring) Kamera ini direka kecil, mudah disembunyikan & mudah beroperasi secara sendiri tanpa bantuan manusia; dalam keadaan tertentu, kamera ini dipasang di kawasan yang merbahaya seperti kawasan beradiasi, panas atau pendedahan bahan kimia bertoksik. Webcam juga boleh diistilahkan sebagai kamera CCTV.

4. Kamera Digital

Kamera ini menukarkan isyarat secara terus kepada pengeluaran (output) secara digital; kamera jenis ini termasuklah dalam penggunaan webcam, atau kamera pegun biasa (still cameras). Kadang-kadang kamera ini juga berkait-rapat dengan komputer atau alat komunikasi terutama telefon bimbit, PDA & sesetengah model komputer riba (laptop). Kamera video yang lebih besar (seperti camcorders & CCTV) boleh juga digunakan sebagai webcam atau kemasukan (input) secara digital yang lain.

5. Sistem Khas (Special systems)

Seperti yang digunakan dalam kajian saintifik contoh satelit atau prob angkasa atau dalam penggunaan kecerdikan buatan (artificial intelligence) & robotik. Kamera ini biasanya dipasang untuk tempat-tempat kurang cahaya seperti infrared untuk penglihatan malam (night vision) & pengesanan haba (heat sensing) atau X-ray untuk perubatan & astronomi. Kamera video ini juga digunakan dalam bidang 'Life Caching' - berkenaan mendokumentasikan proses perjalanan pertumbuhan / kehidupan (contoh pertumbuhan pokok dari anak benih ke pokok besar).

~ Nota: En. Zulhilmy

0 comments:

Post a Comment

 

Politeknik METrO Kuantan, No. A-5, Jalan Tun Ismail 2, Sri Dagangan II, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Tel : +609 565 9000 / 9099 (PMKu) Fax : +609 517 3259.

Penafian: Penulis dan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), Politeknik METRO Kuantan (PMKu) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang masalah, kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dari laman blog ini. / Disclaimer: Author and JPH of PMKu irresponsible to all trouble and damage which arise by the result from information displayed and application offered of this blog.