Interpretasi bermaksud: Suatu aktiviti pendidikan yang bertujuan mendedahkan maksud dan hubungan dengan pelbagai objek, melalui pengalaman langsung, dan melalui illustrasi media.
Maksud interpretasi bagi sesuatu tempat tarikan pelancong pula ialah: Penerangan atau maklumat tentang sesuatu tempat itu supaya para pelawat yang datang tahu sama ada sejarah, kegunaan, tujuan dsbnya tentang tempat tersebut. Antara contoh interpretasi ialah seperti keterangan di papan tanda dan yang terdapat di dalam cermin, benda atau barang yang dipamerkan.
OBJEKTIF
- untuk membantu pelawat.
- untuk menyempurnakan matlamat pengurusan.
- untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan terhadap sesebuah organisasi dan program-programnya.
- Interpretasi mestilah berkaitan dengan apa yang sedang dibina atau diterangkan kepada sesuatu yang berkaitan diri atau pengalaman pelawat.
- Maklumat bukan interpretasi, walau bagaimanapun semua interpretasi mengandungi maklumat.
- Interpretasi ialah suatu seni yang menggabungkan banyak seni lain.
- Tujuan utama interpretasi bukan memberi arahan tetapi membuat provokasi.
- Interpretasi hendaklah bertujuan untuk membentangkan sesuatu secara keseluruhan dan tidak secara sebahagian atau berfasa.
- Interpretasi menggunakan pendekatan yang berbeza bagi segmen pelawat yang berlainan.