Microsoft Office ialah satu set perisian office suite yang terdiri daripada program produktiviti yang direka atau dibeli oleh Microsoft dan dibangunkan untuk sistem pengendalian Microsoft Windows, serta Mac OS dan Mac OS X buatan Apple. Antara yang sering digunakan oleh orang ramai dalam urusan pejabat & pelajaran ialah Microsoft Word, Microsoft Excel & Microsoft PowerPoint.
Microsoft PowerPoint adalah perisian digunakan untuk membuat persembahan slaid dalam komputer. Interaksi bermultimedia ini sangat mudah diguna & menyeronokkan, di samping dapat menarik perhatian khalayak untuk terus menikmatinya. Microsoft PowerPoint merupakan salah satu bentuk komunikasi yang begitu efektif dalam penyampaian persembahan.
HYPERLINKS
Terdapat beberapa ciri istimewa dalam Microsoft PowerPoint ini untuk kemudahan pengguna, antaranya ialah hiperpautan (hyperlinks). Hyperlinks ialah sambungan daripada sesebuah dokumen web kepada dokumen web yang lain. Sambungan ini dapat dicipta dengan menyatakan alamat sumbernya. Pengguna boleh mengikuti sambungan tersebut pada pelayar web dengan mengklik pautan yang disediakan.
Dalam Microsoft PowerPoint, hyperlinks digunakan sebagai menyambungkan dokumen di Microsoft PowerPoint ke dokumen lain dalam komputer atau internet, atau juga menyambungkan muka surat yang lain dalam Microsft PowerPoint. Selain perkataan - butang (button), gambar dan video juga boleh dihiperpautankan dengan meletakkan tetikus (mouse) di hyperlinks lalu mengklikkannya.
Berikut adalah langkah-langkah untuk membina hyperlinks yang mudah:
LANGKAH 1
Bina beberapa muka surat yang mengandungi muka hadapan & isi-isi topik. Muka hadapan: 'Pengenalan' hendaklah diletakkan beberapa tajuk topik yang dikehendaki seperti contoh di gambar di bawah: Kelulusan Akademik, Latihan Industri, Ko-Kurikulum dan lain-lain. Pastikan setiap tajuk topik mempunyai muka suratnya sendiri.
LANGKAH 2
Untuk membina hyperlink perkataan, bold-kan tajuk topik pertama: 'Pengenalan' di muka hadapan. Klik 'Insert' di papan menu. Klik butang 'Hyperlink' yang mempunyai gambar 'glob bumi berantai besi'.
LANGKAH 3
Sejurus butang 'Hyperlink' diklik, window 'Edit Hyperlink' akan keluar. Di 'Link to:' pilih butang 'Place in This Document' & pilih 'Slide Titles' no.2 iaitu 'Pengenalan'. Gambar muka surat 'Pengenalan' akan dipapar di sebelahnya. Klik OK. Ulang Langkah 2 & 3 untuk tajuk-tajuk topik seterusnya. Hyperlinks hanya boleh berfungsi ketika dalam 'Slide Show'.
LANGKAH 4
Untuk membina butang 'Back to Home' atau 'Klik ke Menu Utama' yang ber-hyperlink, di 'Insert', klik butang 'Shapes' & klik 'Action Button: Home' berbentuk 'rumah' di bawah sekali.
LANGKAH 5
Sejurus butang 'Action Button: Home' diklik, window 'Action Settings' akan keluar. Di 'Action on click', pilih 'Hyperlink to: First Slide' atau 'Slide.. (Selamat Datang Biodata Saya)'. Jika ada perubahan atau pembetulan, klik di butang 'Action' berbentuk 'bintang & tangan kuning', di sebelah kanan butang 'Hyperlink' dalam menu 'Insert'.
LANGKAH 6
Untuk membina butang 'Next' atau 'Previous', ulang Langkah 5 tetapi pilih butang 'Action Buttons' selain 'Home'. 'Hyperlink to: Next Slide' atau 'Previous Slide'. Cut & paste butang Home, Next & Previous di muka surat lain kecuali muka hadapan & akhir, mengikut kemahuan masing-masing.
SCREEN TIP
Untuk membina kotak kecil mengandungi perkataan ketika mouse diletakkan di perkataan dalam 'Slide Show', di window 'Edit Hyperlink', di penjuru kanan atas, klik 'ScreenTip...' & taip teks di ruangan 'ScreenTip text:' contoh 'Klik di sini'.
~ Nota: En. Zulhilmy
0 comments:
Post a Comment