Kamera & Fotografi

APA ITU KAMERA?


Kotak kecil / alat utk merakamkan cahaya. Satu lubang (aperture) yg dibuat utk menangkap cahaya, dan bahan sensitif cahaya (filem atau digital sensor) yg diletakkan dlm kotak bertentangan dgn lubang. Tujuan kamera adalah utk membenarkan cahaya membentuk imej di atas filem dlm pelbagai cara.

Komponen Kamera
  • A viewing system
  • A lens
  • An adjustable diaphragm
  • A shutter mechanism
  • A focusing control
  • Light-sensitive material
  • A holder for the light-sensitive material
  • A film advance mechanism
  • A light meter
Jenis-Jenis Kamera

  • Plate
  • Large Format
  • Medium Format
  • Folding
  • Box
  • Rangefinder
  • SLR
  • Twins Lens Reflex
  • Cine
  • Digital Compact
  • Cellphone
  • DSLR
  • Lomo



APA ITU FOTOGRAFI?

Satu seni atau proses menghasilkan imej di atas permukaan yg sensitif oleh tindakan sesuatu tenaga terutama sekali cahaya. Ringkasnya, rakaman cahaya.


TERMINOLOGI KAMERA & FOTOGRAFI

Image Capture
    Asasnya kamera merakam cahaya ke filem fotografik atau plet fotografik. Video & kamera digital menggunakan pengesan imej elektronik (electronic image sensor), iaitu 'charge coupled device' (CCD) atau 'CMOS sensor' untuk merakam imej yang boleh dipindah atau disimpan ke kad memori (memory card) atau tempat penyimpan di dalam kamera untuk dilihat semula atau diproses.

    Kamera yang merakam banyak imej dikenali sebagai 'movie/video camera' atau di Eropah dipanggil sebagai 'ciné cameras'; manakala alat untuk merakam satu imej dikenali sebagai 'still camera'. Bagaimanapun istilah-istilah ini telah bertindih memandangkan 'still camera' juga biasanya merakam imej-imej yang bergerak.
      Lens

        Lensa (lens) kamera menangkap cahaya dari subjek & membawanya secara fokus ke filem atau pengesan (detector). Rekabentuk & pengeluaran sesuatu lensa adalah sangat penting terutama dalam kualiti gambar yang diambil. Revolusi teknologi menyebabkan lensa mengalami banyak perubahan dengan pengeluaran dari cermin mata ke microskop. Zeiss & Leitz adalah perintis dalam pembuatan lensa.

        Focus

          Fokus ialah ketajaman/kejelasan imej yang boleh dilaraskan & dilihat melalui viewfinder. Bagaimanapun tidak semua kamera dapat merakam imej fokus yang diingini. Ini kerana setiap jenis kamera mempunyai had jarak tertentu untuk merakam imej fokus. Jika kamera kecil & padat, maka jaraknya agak terhad. Kamera yang dibina fokus tetap (fixed focus) seperti kamera PnS biasanya mempunyai had jarak fokus sejauh 3 meter/10 kaki hingga infiniti dari muncung lensa. Kebanyakan kamera dilengkapi simbol-simbol seperti manusia, pokok bunga tulip, gunung dll bagi memudahkan pengguna menentukan fokus yang dikehendaki. Pada zaman sekarang, hampir semua kamera mempunyai kemudahan auto-focus dalam pelbagai cara.
            Aperture


            Bukaan yg boleh dikawal dlm lensa kamera seperti iris mata yg mengawal jumlah kemasukan cahaya ke atas filem. Saiz aperture dipanggil sbg f-stop atau f-number, cth: f/1.4, f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8 dll. Lebih besar nombor f-stop, lebih kecil bukaan aperture.
              Shutter

                Alat mekanikal dlm kamera yg mengawal jumlah masa kemasukan cahaya ke atas filem. 'Shutter speed' pula ialah tindakan shutter yg mengawal tempoh dedahan (exposure). Lebih cepat kelajuan, lebih pendek dedahan. Kelajuan shutter ditetapkan dalam kiraan saat (").

                Exposure Control
                  Untuk memahami keseimbangan, pengguna harus tahu bagaimana untuk menangani dedahan (exposure) & cara memaipulasikannya. Terdapat 2 cara iaitu menetapkan bukaan aperture & kelajuan shutter. 2 komponen penting ini mengawal kemasukan cahaya ke dalam kamera. Apabila jumlah cahaya yang tepat mengenai filem (atau CCD untuk kamera digital), gambar diexpose dengan sesuai (tengah). Apabila terlalu banyak cahaya masuk, gambar terlampau expose (kiri). Apabila terlalu sedikit cahaya masuk, gambar terkurang expose (kanan).

                  White Balance

                    Bermaksud membetul / menyeimbangkan warna pada imej yang dirakam. Warna-warna cahaya di bumi ini dipengaruhi oleh kedudukan matahari. Jika waktu pagi, persekitaran berwarna biru, waktu tengahari berwarna normal, & waktu petang berwarna oren. White balance (WB) dapat membetulkan warna-warna ini untuk mendapatkan warna yang sesuai mengikut subjek yang dirakam. Contohnya warna baju berwarna putih mestilah berwarna putih juga di dalam gambar sama ada dirakam pada waktu pagi atau petang.

                    Fungsi ini boleh diguna secara manual atau automatik untuk mendapatkan imej dalam pelbagai warna. Bagaimanapun, jika pengguna tersilap melakukan white balance dalam rakaman imej, pengguna boleh membetulkannya menggunakan perisian menyunting gambar di komputer seperti adobe photoshop/corel paintshop. Antara simbol-simbol white balance dalam kamera: tungsten (mentol lampu), daylight (matahari), cloudy (awan), flash (kilat), shade (rumah), fluorescent (lampu lintang) dll.

                      MAKSUD NOMBOR & HURUF DI LENSA KAMERA

                      Lensa kamera di atas menunjukkan nombor/huruf: f = 50mm (Gambar 1) & f = 5.0mm (Gambar 2). Nombor dalam milimeter tersebut dirujuk sebagai 'focal point', iaitu panjang atau jarak dari hadapan muncung lensa hingga ke sensor kamera. Focal point sangat penting bagi jurugambar apabila membeli lensa baru. Nombor milimeter di lensa dapat menentukan stail fotografi yang boleh dirakam. Jika nombor milimeter besar, maka lebih dekat & jauh pengguna boleh merakam gambar.

                      Di lensa juga terdapat suatu nisbah (ratio) seperti 1:1.4 (Gambar 1) & 1:2.8 (Gambar 2) yang merujuk kepada luasnya bukaan aperture untuk lensa. Nombor-nombor ini juga diistilahkan sebagai nombor f-stop. Jika nombor f-stop rendah, lebih baguslah kamera tersebut kerana di dalam situasi cahaya yang suram, lensa ini dapat menghasilkan gambar yang terang.


                      KAMERA 35mm


                      Kamera 35mm bermaksud kamera yang menggunakan standard filem 35mm. Filem 35mm merupakan saiz filem paling popular dalam sejarah fotografi. Saiz filem bersaiz 35mm ini telah digunakan sejak akhir 1800an.

                      Filem jenis ini telah dihasilkan oleh Thomas Edison & dikeluarkan oleh George Eastman, pengasas syarikat Eastman Kodak. Asalnya filem ini direka untuk wayang gambar & diujikaji sebagai kamera pegun (still camera) pada tahun 1913. Pada tahun 1925, kamera pegun 35mm pertama telah dihasilkan untuk pengguna iaitu Leica 1.

                      Kamera 35mm bertambah popular sekitar 1920an & 1930an, dengan pengeluaran daripada pelbagai jenama seperti Minolta, Leica, Nikon, Canon, Pentax & Olympus.

                      Kamera 35mm terbahagi kepada 3 jenis:

                      1) Kamera Simple Snapshot / Viewfinders 35mm Camera

                      Kamera ini mempunyai fungsi yang terhad dengan lensa tidak-boleh-ditukar (fixed lens), lampu (flash) & sistem fokus automatik sebagai komponen utamanya. Direka padat (compact) & sangat mudah digunakan. Aplikasi fokus ditentukan sendiri oleh pengguna melalui jarak kamera & subjek, dengan melihat di dalam cincin fokus (viewfinder). Biasanya dikenali sebagai kamera 'Point & Shoot' (PnS).

                      2) Kamera Advanced Snapshot / Rangefinder 35mm Camera

                      Kesukaran penggunaan fokus pada kamera viewfinder, maka 'rangefinder' dicipta. Kamera rangefinder menggunakan sebuah prisma & cermin untuk menghasilkan 2 imej berasingan. Apabila lensa difokus, prisma akan bergerak. Kamera ini melakukan pemfokusan pada imej dengan meluruskan 2 imej dari prisma & cermin. Pengguna dapat menggunakan fokus dengan melihatnya menerusi viewfinder. Rangefinder dikatakan lebih senyap semasa merakam gambar & lebih padat/kecil berbanding kamera SLR.

                      3) Kamera Single-Lens-Reflex / SLR 35mm Camera

                      Oleh kerana 'viewfinder' bukanlah lensa, maka imej yang ditangkap tidak seperti yang dilihat di dalam viewfinder. Ini menyebabkan penghasilan kamera single lens reflex (SLR) 35mm pada tahun 1936. SLR bermaksud cahaya dari satu kanta dipantul semula ke viewfinder. Jurugambar dapat melihat imej yang sama seperti apa yang akan terhasil di filem. Kebanyakan kamera SLR mempunyai lensa boleh-ditukar (removable lens) & sangat sesuai merakam gambar untuk imej yang sangat jauh (telephoto) & secara dekat (close-up).


                      MEMADANKAN FILEM & SUBJEK

                      Perlawanan bola sepak dan acara perkahwinan adalah 2 situasi yang berbeza. Begitu juga situasi di kompleks membeli-belah, taman tema, ruang tamu rumah, banjaran gunung, atau batu karang laut. Jika ingin mengambil gambar semuanya di atas, anda memerlukan kelajuan filem, kesensitifan filem dan ketajaman filem. Setiap filem mempunyai nombor yang menunjukkan filem sensitif terhadap cahaya. Kebiasaannya nombor ini merupakan salah satu nama filem tersebut seperti Kodak Advantix 400 film.

                      Filem high-speed (400, 800, atau 1000) menangkap cahaya lebih pantas daripada filem slow-speed. Perbezaan nombor ini membantu pengguna mengambil gambar daripada pelbagai situasi. Bagaimanapun lebih laju filem itu, maka lebih banyaklah ketidaktajaman gambar. Ini disebabkan oleh jumlah cahaya yang masuk menyebabkan gambar tidak tajam.

                      Filem slower-speed (200, 100, atau kurang) lebih memberikan pengguna gambar yang tajam. Tetapi untuk itu, kamera perlu dipegang dengan stabil dan berada di situasi yang mempunyai cahaya yang terang atau menggunakan flash. Filem slower-speed adalah lebih baik jika pengguna ingin membesarkan gambar 8 x 10 inci atau lebih.


                      ~ Nota: En. Zulhilmy
                       

                      Politeknik METrO Kuantan, No. A-5, Jalan Tun Ismail 2, Sri Dagangan II, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Tel : +609 565 9000 / 9099 (PMKu) Fax : +609 517 3259.

                      Penafian: Penulis dan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), Politeknik METRO Kuantan (PMKu) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang masalah, kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dari laman blog ini. / Disclaimer: Author and JPH of PMKu irresponsible to all trouble and damage which arise by the result from information displayed and application offered of this blog.